Friday, January 27, 2012

Januari 2012

pejam celik pejam celik...
da nk habis januari...
setahun berlalu begitu cepat..
macam2 benda y berlaku januari 2011..
kenangan manis, pahit.. masih lagi tpahat dalam benak fikiran aku..
tp aku redha semuanya..
mungkin ada sesuatu yg aku xnampak.
InsyaAllah.. Allah sentiasa ada.. aku harap tahun nie dpt satu anugerah..
aku nk ubat luka aku y 2 tahun berlalu...
harap sgt2 penyembuh tu sentiasa ada dgn aku... selalu bagi sokongan pada aku..
dia bleh jadi pemimpin tuk keluarga aku.. Iman dalam keluarga aku..

Ya Allah..

setiap perjalanan yg Dia atur cukup rapi cuma aku sebagai manusia yg selalu cuai..
aku harap mulai saat ini aku lebih berhati2 melangkah..

Thursday, January 19, 2012

Renungan Bersama


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Monday, January 16, 2012

16 Januari 2012

pejam celik pejam celik dh 16 hari tuk tahun 2012..

cuba mikir balik ape lar y sy bt ek dalam masa 16hari nie??
mcm xde pape perubahan lg..

kepala ni duk pk nk balik kg je.. huhu

sy dh plan byk perkara tuk cuti raya cina nie.
nk cari lokasi tuk branch baru.
nk g rantau panjang beli toto tuk kawan.
nk g jumpa mak sdara, paksdara. klu sempat nk g tgk semua sdara.. teringin sgt2, xtau nape..huhu....
tp kn semua y sy kenal nk balik awal.. sya nk balik nga sape?umi xbg drive sorg2 mlm... ikt hati nk je drive.. janji smp kg..



sya rindu sgt2 kat family. terutama anksdara y nakal nie..
mama long rindu adik.. hehe..
tggu mama long balik yer...
lps balik jumpa family baru sy ada semangat nk bt pape..

Tuesday, January 3, 2012

Tahun 2012

setelah sekian lama aku menghadapi pelbagai rintangan....
ada suka, duka, perit, kecewa..
aku akhirnya dapat melihat tahun 2012..

2012..
aku mengharap sesuatu yang baru hadir dalam hidup aku...
cahaya y aku cari selama 2tahun lps belum aku temui..

aku mengharapkan perubahan pada tahun ni..
perubahan yg mbuatkn semua ahli keluarga aku gembira...
ummi, adik2 aku, mami, ayahsu, ciksu, ayah, jgn risau kn along yer..
InsyaAllah klu ia dh ditetapkan tuk long cmtu.. long akan hadapinya...
terutama kat ummi tersayang, anak ummi ok. duk tmp org p, ank ummi hapi..
long syg ummi... syg adik2.. long bt semua ni tuk kamu semua...

Love U All