Tuesday, April 24, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu


Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?


Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.


Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.


Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


"Bila Hati itu Bertulang."


sumber dari : Penpatah Blogspot

Monday, April 23, 2012

Hari demi Hari



begitu lah tajuknya begitu la ape yang aku lalui sekarang..
hari demi hari... aku cuba tuk kuatkan hati aku..
lupakan semua yang berlaku dalam idup aku..

tp ia tiba-tiba dtg balik ingatan aku pada kisah lalu..
aku teringin nk jumpa tp aku tau aku xleh ganggu rumah tangga org..
aku teringin nk mengintai dia dari jauh.. tapi aku xkuat..

hanya doa yang mampu aku lakukan
moga Allah jauhkn aku dr kisah lalu..

Sunday, February 19, 2012

SAHABAT

Hari ini...
semua telah jelas. aku ditipu oleh kawan aku sdiri..
mane nk cari kekuatan lagi. kawan sdiri p penipu.

ko kata benda tu xpenting..
tp pernah ke aku tipu ko?
mmg aku xsangka selama kita kenal ko dh mula menipu

ko minta aku jd baik tp ko sekarang jadi ape?
klu ko nk tipu org lain aku xpeduli p.
tlg lar jgn tipu aku. last2 aku tau gak.

aku dh xde sape2..
ingatkn kawan leh jadi tempat tuk aku luahkn ape y aku rasa.
tp kawan plak tipu aku.

aku duk jauh dr family,
aku xnak cite pape kat family aku
aku xnk mereka risau pasal aku
aku xnk mereka sakit sbb aku.
aku syg family aku.

Ya Allah kuatkan hati aku nie..

Saturday, February 18, 2012

S . A . K . I . T

sayu je hati ni bila teringat balik kata2 kamu...
kita saling myintai.. tapi apakan daya.. 
hati nie mampu berkata, redha dengan ketentuan. 
Mata ini mengalirkn air mata, setiap kali mgenangkan kisah2 kita.
kita xpernah bergaduh p awk.. 

tapi kita xleh teruskn gak cinta kita nie.. 
merana cmne p. ia tetap xdpt bsatu.

kita masih kawan cm dlu.. 
dan sy harap kita berkawan sampai bila2..



Friday, February 3, 2012

Menangis Lagi

sesaat kamu datang, sesaat kamu pergi..
diri ini jugak yang merana sepanjang masa..
air mata ini mengalir lagi..
tak mampu untuk diri ini menahan kesakitan yang kamu tinggalkan..
kenapa diri ini yang kamu lukakan?

kadang-kadang diri ini nekad untuk tidak mendekati cinta manusia..
tapi kenapa hati ini cepat tersangkut dengan kata2 bodoh itu?

Menangis lah kamu kerana kamu yang mencari masalah itu...

Friday, January 27, 2012

Januari 2012

pejam celik pejam celik...
da nk habis januari...
setahun berlalu begitu cepat..
macam2 benda y berlaku januari 2011..
kenangan manis, pahit.. masih lagi tpahat dalam benak fikiran aku..
tp aku redha semuanya..
mungkin ada sesuatu yg aku xnampak.
InsyaAllah.. Allah sentiasa ada.. aku harap tahun nie dpt satu anugerah..
aku nk ubat luka aku y 2 tahun berlalu...
harap sgt2 penyembuh tu sentiasa ada dgn aku... selalu bagi sokongan pada aku..
dia bleh jadi pemimpin tuk keluarga aku.. Iman dalam keluarga aku..

Ya Allah..

setiap perjalanan yg Dia atur cukup rapi cuma aku sebagai manusia yg selalu cuai..
aku harap mulai saat ini aku lebih berhati2 melangkah..

Thursday, January 19, 2012

Renungan Bersama


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..